Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Penyair dan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1995, Suhaimi Muhammad, 80, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Jalan Tempua, Manjoi, Ipoh, kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di hadapan beberapa ahli keluarganya selepas mengadu sakit perut, meninggalkan seorang balu, Jariah Hassan, 59 dan 12 anak.

Suhaimi yang dilahirkan di Kampong Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, pada 8 Februari 1934, menghasilkan 34 kumpulan puisi termasuk sebuah yang dalam proses penulisan, selain tiga kumpulan cerpen dan dua kumpulan esei serta menyelenggara biografi dan kamus.

Beliau yang terkenal dengan karya aliran realisme, surelisme, mistikisme dan eksistensialisme, sebelum beralih kepada puisi sufi, menerima banyak anugerah dan hadiah termasuk Hadiah Sastera Nasional pada 1971, 1987 dan 1998; Hadiah Sayembara Puisi Berunsur Islam (1981); Hadiah Sayembara Drama Berunsur Islam (1981); Anugerah Sasterawan Perak (1987); Karyawan Perak Sepanjang Zaman (1998) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2000, 2006 dan 2007).

Pada 2010, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat Kesusasteraan yang memperaku dan menghargai pencapaian beliau dalam genre puisi.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurab, Jalan Kuala Kangsar, selepas solat Jumaat petang ini. – BH Online

0 comments:

Post a Comment