Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DAP meminta semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan berkempen secara matang dan beretika.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, PRK tersebut akan menjadi pentas untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) semakin matang dalam berpolitik.

“PRK DUN Kajang juga sepatutnya menunjukkan kita mampu untuk bersatu atas semangat patriotik walaupun berbeza parti dengan mengamalkan etika kempen yang baru.

“Etika itu termasuk tidak mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan, serta tidak menyebarkan pembohongan dan dusta,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, muafakat antara kepimpinan BN dan pakatan pembangkang itu pada PRK DUN Kajang dapat mematahkan percubaan pihak tertentu menimbulkan rusuhan kaum dan pertembungan keagamaan di negara ini.

Malah, katanya, jika BN dan pakatan pembangkang berpegang dengan kod etika kempen yang baharu, ia permulaan yang baik menuju sidang di antara pemimpin BN dan pakatan pembangkang.

Beliau dalam pada itu mencadangkan supaya Malaysia mewujudkan semula Majlis Antara Agama untuk merungkai perselisihan keagamaan dan meningkatkan kerukunan antara agama.

0 comments:

Post a Comment