Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas cedera parah apabila bas ekspres yang dinaikinya bersama 23 lagi penumpang terbabas dan terbalik di Km 27.9 Lebuhraya Utara-Selatan Isnin.

Kejadian berlaku pukul 7.02 malam ketika bas itu dalam perjalanan dari Klang ke Johor Baharu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin, penumpang lain serta pemandu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

“Setakat ini wanita itu belum lagi dikenal pasti identitinya dan dia juga dihantar ke Hospital Putrajaya,” katanya kepada pemberita.

Zaldino berkata kemalangan dipercayai berpunca daripada tayar bas pecah, menyebabkan kenderaan itu tidak dapat dikawal sebelum terbalik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment