Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 44 tahun dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Selangor di atas kesalahan memberi rasuah RM2,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan Selangor pada tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, lelaki terbabit, Lee Swee Sin didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

“Dia dituduh berbuat demikian pada pukul 12.25 tengahari, 18 Jun 2013 di sebuah restoran di Semenyih. Suapan itu sebagai dorongan supaya pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap pakciknya, Lee Ah Seng yang mengambil balak secara haram.

“Mengambil hasil hutan dari tanah kerajaan tanpa kebenaran merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) Akta sama,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan.

Peguam tertuduh, Afifuddin Ahmad Hafifi memohon jaminan sebanyak RM3,000 memandangkan tertuduh mempunyai enam anak.

Hakim Asmadi Hussin menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dan tertuduh dikehendaki melapor diri di Ibu Pejabat SPRM setiap minggu pada hari Isnin.

“Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Januari ini,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment