Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – “Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap lima krisis yang sedang mengancam negara pada waktu ini,” dakwa Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau mendakwa, lima krisis tersebut membabitkan isu perpaduan nasional, ekonomi, rasuah, pendidikan, keselamatan.

“Krisis perpaduan nasional terlihat dengan jelas pada jurang kaum dan keagamaan yang paling lebar dalam sejarah negara.

“Krisis ekonomi pula disebabkan peningkatan harga yang telah dan bakal berlaku dalam tempoh terdekat dengan kemuncaknya adalah pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin veteran DAP itu seterusnya mendakwa, Malaysia turut dilanda krisis rasuah yang tidak menunjukkan ada usaha serius untuk menanganinya diperingkat tertinggi.

Selain itu, dakwanya, kemerosotan tahap pendidikan nasional juga menjadi salah satu krisis yang sedang dihadapi oleh negara ini.

“Krisis seterusnya adalah krisis keselamatan rakyat, pelabur, dan pelancong memandangkan polis belum berubah menjadi sebuah pasukan yang cekap dan bebas ,” dakwanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu penganjuran Sidang Kemuncak Perpaduan Nasional antara pemimpin Barisan Nasional dan pakatan pembangkang untuk menangani krisis berkenaan.

0 comments:

Post a Comment