Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Bangkok – Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mahu dialog baru diadakan dengan kumpulan antikerajaan sebelum mereka melaksanakan perancangan untuk ‘menutup’ Bangkok, Isnin depan.

Sumber kerajaan berkata, Yingluck meminta pihak tentera bertindak sebagai perantara bagi pertemuan dengan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC). Menurut sumber, Setiausaha Agung PDRC Suthep Thaugsuban sendiri ada menemui beberapa pegawai kanan tentera Sabtu lalu bagi membincangkan cara terbaik menangani krisis itu.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan itu tidak membuahkan hasil berikutan Suthep mengulangi desakannya supaya kerajaan sementara melakukan pembaharuan sebelum mengadakan pilihan raya.

Dalam mesej yang dimuat naik akaun Facebook miliknya kelmarin, Yingluck berkata proses pilihan raya dapat meredakan krisis selain memberi lebih kuasa kepada kerajaan tempatan.

“Jika anda tidak mahukan kerajaan ini lagi, anda boleh mengubahnya menggunakan proses pilihan raya.

“Tunjuk perasaan ini boleh digunakan secara positif untuk menilai kerajaan.

“Forum pembaharuan sewajarnya digunakan untuk membawa perubahan yang anda mahukan, tidak kiralah sama ada untuk proses pilihan raya adil atau menghapuskan rasuah terutama dalam kalangan pegawai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment