Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment

AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini bersama enam lagi individu membuat laporan polis berkenaan kejadian menyembelih ayam oleh dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Laporan polis turut dibuat berhubung tawaran pertubuhan sama bernilai RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Kita melihat laporan berkenaan lebih kepada soal Teresa yang tidak tahu malu apabila terang-terang memperlekehkan pasukan keselamatan negara dalam video kontroversinya sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Apabila berhadapan dengan reaksi kemarahan rakyat Malaysia, Teresa kembali semula mengadu nasib mengenai keselamatannya kepada pihak polis.

Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, Teresa dilihat bimbang dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan itu kerana ia membabitkan keselamatan dirinya.

“Kenyataan mereka adalah ancaman kepada keselamatan saya dan ia juga menyalahi undang-undang.

“Saya harap polis akan mengambil tindakan segera,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan polis,” katanya.

Semalam, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Jemaah Islamiah menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa sebagai tanda marah terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Mereka kemudian melumurkan darah ayam itu ke atas kain rentang yang terdapat gambar Teresa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.

Tumpuan kumpulan itu ialah terhadap Teresa dan klip video ucapan Tahun Baru Cinanya yang bertajuk “Onederful” Malaysia CNY 2014.

“Dalam video saya, tidak ada saya bercakap apa-apa mengenai kuasa dan hak orang Melayu dan Islam.

“Ia adalah satira politik yang dijadikan isu besar seolah-olah saya menghina orang Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR, Fuziah Salleh yang turut hadir menemani Teresa berkata, tawaran ganjaran untuk menampar Teresa adalah kesalahan jenayah dan menggesa polis mengambil tindakan serta merta.

“Dakwaan itu dengan jelas adalah tuduhan palsu kerana video itu tidak mengandungi perkara yang menghina orang Melayu.

“Kumpulan itu memalukan umat Islam kerana Islam tidak mengajar perlakuan itu termasuk mencurah darah. Ini sesungguhnya bertentangan dengan ajaran agama,” katanya.

Fuziah berkata, NGO Islam itu boleh dilabelkan sebagai pengkhianat kerana cuba mewujudkan perpecahan di kalangan kaum.

Ahli Parlimen Kota Raja daripada PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, bersetuju dengan Fuziah dan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap mereka.

“Kami menggesa rakyat supaya jangan mengikut kumpulan itu yang nampaknya seperti ada kepentingan sendiri.

“Mereka sebenarnya yang menghina Islam, bukan Teresa. Mereka hanya mahu mencetuskan kemarahan orang Islam terhadap kaum lain,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan terlebih sensitif berhubung video berkenaan, yang diwujudkan hanya untuk mengusik.

“Saya tidak tahu mengapa mereka rasa begitu tersinggung. Ia sudah menjadi trend, dahulu ada NGO kepala lembu dan sekarang ada kepala ayam pula,” katanya.

Pada Rabu lalu, Kok sudah membuat laporan polis berikutan menerima banyak ancaman selepas video Tahun Baru Cina itu tersebar luas di internet.

0 comments:

Post a Comment