Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

PENGARAH filem kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee (Gambar) kesal selepas filem terbarunya bertajuk “Banglasia” telah diharamkan tayangannya di Malaysia selepas mendapat banyak teguran Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Filem itu turut mendapat kritikan Kementerian Dalam Negeri kerana beberapa babak di dalam filem berkenaan difikirkan tidak sesuai.

“Filem “Banglasia” dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.

“Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah kira-kira 90 peratus dari filem tersebut,” ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.

Tambah Namewee lagi, filem arahan keempatnya itu bukan sahaja tidak dapat ditayangkan di Malaysia, malah pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan tegas bahawa filem “Banglasia” juga tidak boleh ditayangkan menerusi laman web YouTube, rangkaian jaringan laman web ataupun dijual di pasaran tidak kira sama ada yang sah di sisi undang-undang ataupun cetak rompak.

Oleh itu, mana-mana pihak yang didapati menayangkan filem ini sama ada di rumah persendirian ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Namewee sempat memohon maaf terutamanya kepada para pelabur yang telah mengalami kerugian besar berikutan pengharaman filem itu, dan juga kepada krew produksi serta peminat-peminat yang menantikan filem “Banglasia”.

Biarpun filemnya tidak berjaya ditayangkan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan filem pada masa akan datang.

“Walaupun tidak berjaya ditayangkan di pawagam, saya berharap anda akan terus menyokong dan menantikan kemunculan filem saya yang seterusnya. Saya akan berusaha lebih keras di masa hadapan untuk tidak mengecewakan sokongan anda. Mohon maaf.” – IBNU K

0 comments:

Post a Comment