Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS membuat keputusan untuk membantu jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang di Selangor, tetapi hanya mengikut keperluan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat malam tadi berdasarkan semangat dalam pakatan pembangkang.

“Bersesuaian dengan semangat dalam pakatan maka PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK tersbeut.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa, PAS berpendirian bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

0 comments:

Post a Comment