Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P Kamalanathan berkata hanya 117 graduan lepasan maktab perguruan di negara ini belum ditawarkan penempatan kerana gagal temu duga, dan tidak diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP).

Beliau berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 6,917 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perguruan tahun lepas.

Sehingga awal bulan ini 6,800 graduan dilantik untuk jawatan tetap secara berperingkat-peringkat oleh SPP untuk mengajar di seluruh sekolah di negara ini, katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator S. Nallakaruppan yang ingin tahu jumlah graduan lepasan maktab perguruan yang belum mendapat penempatan sekolah seperti yang dijanjikan.

“Berdasarkan Pekeliling SPP Bilangan 2 (2013), mereka yang gagal temu duga dibenarkan memohon semula selepas enam bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal Jobs Malaysia,” katanya.

“Namun, mereka perlu bersaing secara kompetitif dengan graduan keluaran semasa termasuk graduan perguruan lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengisi jawatan yang terhad,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata kerajaan tidak pernah meletakkan perbezaan terhadap mana-mana graduan yang menamatkan pengajian sama ada di maktab perguruan atau IPTA, malah kuota penempatan perguruan diberikan secara sama rata.

“Kita akan pastikan mana-mana graduan yang tamat belajar sama ada di maktab perguruan atau IPTA patut diberi peluang sama rata tetapi harus memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment