Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 19, 2014

No Comment

PASIR PUTEH – Lebih 200,000 rakyat Kelantan dijangka mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 yang dijadual dirasmikan di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung esok.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata PNB menyediakan peluang terbaik kepada masyarakat untuk membuat pelaburan bagi keuntungan jangka pendek dan panjang.

Penganjuran MSAM yang bermula 10 pagi hingga 10 bertujuan membolehkan rakyat mengenali lebih dekat peranan PNB dalam menggalak masyarakat merancang masa depan mereka dengan melabur dalam unit saham PNB.

“Pengunjung bertuah akan menerima pelbagai hadiah termasuk sebuah kereta Toyota Vios (1.5) TRD Sportivo,” katanya kepada pemberita pada Program Bersama Kumpulan PNB sempena penganjuran MSAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut di sini hari ini.

Selain itu, mereka juga berpeluang memperoleh pelbagai hadiah lain termasuk motosikal dan gajet elektronik.

Majlis penutup MSAM dijadual 27 April ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment