Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

MANCHESTER, United Kingdom – Manchester City mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool kepada enam mata menerusi kemenangan selesa 3-1 ke atas West Bromwich Albion di Eastlands.

Pablo Zabaleta, Sergio Aguero dan Martin Demichelis semua menjaringkan gol untuk City ketika ketiga-tiga pemain Argentina itu menemui gawang dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama.

West Brom menunjukkan sedikit tentangan apabila menjadikan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Graham Dorrans, tetapi City terlalu kuat.

City akan merapati Liverpool lagi jika ia memenangi satu lagi perlawanan di tangan, biarpun ia memerlukan kelab Merseyside itu untuk tercicir mata dalam baki tiga perlawanan jika mahu muncul juara. – AFP

0 comments:

Post a Comment