Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan PAS bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan tidak terkandung dalam Perlembagaan negara dan tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisitinya. Teo Nie Ching berkata, PAS perlu juga memahami rakyat yang mengundi parti itu dalam pilihan raya turut mengundi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan hanya mengundi parti tersebut semata-mata.

“Adalah mustahil untuk sebuah negara mempunyai dua sistem perundangan jenayah yang berbeza. Tidak mungkin hudud di Kelantan dan sistem sekular di peringkat kebangsaan boleh wujud secara selari,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Tegas beliau, mencuri adalah satu kesalahan jenayah dan pesalah mesti dihukum dibawah undang-undang jenayah yang sama.

0 comments:

Post a Comment