Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

LAPAN penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 sudah pun berlepas ke Kulusuk, Greenland dari Lapangan Terbang Domestik Reykjavik, jam 11.45 pagi waktu tempatan, semalam, memetik laporan Harian Metro.

Jika mengikut jadual asal, kesemua penjelajah sepatutnya berangkat ke Kulusuk pada 23 April lalu, namun ditunda berikutan ais cair di Lapangan Terbang Kulusuk.

Ia menyebabkan landasan menjadi sangat licin dan bakal menyebabkan risiko dari segi pendaratan.

Penerbangan ke Kulusuk menerusi Iceland Air itu mengambil masa dua jam dari Reykjavik.

Penjelajahan kumpulan itu akan berlangsung selama 35 hari bermula di Ammasalik (timur Greenland) dan akan berakhir di Sondre Stromfjord (barat Greenland).

Mereka juga bakal berhadapan dengan suhu ekstrem iaitu negatif 46 darjah Celcius semasa ekspedisi nanti.

Para penjelajah yang bakal menjayakan ekspedisi itu ialah, Yanizam Mohamad Supiah, Abdul Rahman Abu Hassan, Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, Shaiful Hisyam Abd Aziz, Mohd Akasyah Jamaludin, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, Muhd Hafizuddin Abdul Mutalib dan Muhammad Musaddiq Samsudin.

0 comments:

Post a Comment