Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 19, 2014

No Comment

Sehari sebelum kemalangan, mendiang Karpal Singh melawak bersama pekerja-pekerja di pejabatnya dengan mengatakn ‘tanpa Michael saya akan mati’.

Lalu Michael pula menjawab ‘tanpa bos (Karpal), saya juga akan mati,”.

Perkara tersebut diceritakan oleh anak perempuan mendiang, Sangeet Kaur Deo di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini.

Karpal dan Michael maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pukul 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), kelmarin.

Sangget menyifatkan Michael sebagai pekerja yang sangat berdedikasi, rajin serta amanah.

Menurut sangeet, Michael telah berkhidmat dengan mendiang bapanya selama hampir 9 tahun.

Selain Sangget, anak-anak mendiang karpal yang lain, Ramkarpal Singh dan Man Karpal turut hadir ke Jabatan Forensik HRPB bagi menguruskan mayat mendiang, Michael Cornelius Jayakrishnan untuk dihantar pulang ke Vellore, India.

Sangeet jelas tidak dapat menahan sebak tatkala mayat mendiang Michael diusung masuk ke dalam van mayat.

Bagi sangeet, beliau tidak dapat membalas jasa Michael yang selama ini banyak berbakti kepada keluarganya terutama kepada mendiang Karpal.

Mayat mendiang dihantar pulang ke India dengan pesawat kargo MH180 yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pukul 10 malam ini.

(Sumber: Perak News Online)

0 comments:

Post a Comment