Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa samun, ditemui dirumahnya di kawasan perumahan elit Lagenda Height, di sini hari ini.

Mayat Goh Seng Keh @ Goh Teik Seng, 67, dengan kesan kecederaan di kepala ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah itu oleh anggota polis yang membuat rondaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata polis mendapat panggilan daripada orang awam memaklumkan pintu dan pagar sebuah rumah yang didiami seorang warga emas terbuka sejak malam tadi.

“Polis turut menemui satu tukul besi berhampiran mayat lelaki itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalil berkata berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek saling mengenali memandangkan tiada kesan pecah masuk.

“Keadaan rumah mangsa berselerak dan kami percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek,” katanya sambil meminta jiran atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Fadzilah Sohaimi di talian 04-4299 222 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment