Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan waris satu mayat lelaki berusia 64 tahun di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media memberitahu, simati dikenali sebagai Ngan Kok Leong dan beralamat terakhir di Kampung Sam Yoke di sini.

“Waris simati diperlukan untuk pengurusan mayat tersebut.

“Alamat terakhirnya di Kawasan Setinggan, Kampung Sam Yoke Off Jalan Kerayong, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga menghubungi Balai Polis Tun H.S. Lee ditalian    03-4023 2222.

Maklumat boleh juga disalurkan dengan menghubungi Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur ditalian 03-2115 9999 atau menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

0 comments:

Post a Comment