Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 5, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Generasi muda Malaysia beruntung mendapat peluang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding golongan muda negara lain, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Abdul Rahim berkata latihan khidmat negara adalah program nilai tambah dalam sistem pendidikan dan pembangunan modal insan negara yang amat berfaedah untuk generasi muda Malaysia sebagai pemimpin masa hadapan.

“Mereka yang mendapat peluang akan dilatih dengan pelbagai latihan yang mampu membentuk anak muda Malaysia memperoleh nilai-nilai positif dan mempersiapsiagakan mereka untuk menjadi pemimpin pelbagai peringkat masyarakat,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian di Stadium Likas pada majlis pelepasan pelatih PLKN dari kawasan Kota Kinabalu yang akan memulakan latihan sesi kedua bermula hari ini dan berakhir pada 27 Jun.

Menurut beliau sepanjang menjalani sesi latihan selama tiga bulan, pelatih akan dilatih bukan sahaja dari segi fizikal menerusi latihan pembinaan jati diri dan disiplin asas ala ketenteraan tetapi juga pelbagai elemen berfaedah yang lain.

Abdul Rahim berkata program berkenaan bukan sahaja mampu memupuk semangat perpaduan dan integrasi, memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara tetapi juga semangat kesukarelawan dalam kalangan pelatih.

“Dengan pendedahan latihan tubi secara aktiviti luar dan dalam, yang dikendalikan jurulatih tentera dan awam yang berpengalaman semenjak 10 tahun lepas pelatih PLKN akan mendapat faedah maksimum,” katanya.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata pelatih kini berpeluang mengikuti latihan di pusat latihan yang jauh lebih selesa dengan kemudahan kem yang sentiasa ditambah baik dan banyak yang telah mematuhi piawaian ISO.

Katanya, pada awal operasi PLKN pada 2004, pelatih hanya berkhemah di kem yang kurang selesa berbanding sekarang.

Setiap tahun PLKN melatih 150 ribu pelatih berbanding lebih kurang 600 ribu kelahiran setahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment