Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 5, 2014

No Comment

LEDANG – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) dengan memilih Kolej Komuniti sebagai institusi penggerak pelaksanaannya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, program yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama mampu melahirkan modal insan dengan imbangan duniawi dan ukhrawi.

“Peringkat awal dahulu program pendidikan Islam ini telah dimulakan tetapi di tempat-tempat terpilih, namun kita telah buat keputusan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ini menjadi salah satu dasar nasional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Kolej Komuniti Ledang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor.

Muhyiddin berkata, pelajar yang mengikuti kursus yang disediakan bukan sahaja menerima sijil dan kelayakan malah meningkatkan nilai diri dari segi ilmu agama. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment