Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia dengan model City serba baharunya meletakkan tanda aras baharu apabila menerima 10,000 tempahan dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya pada 20 Mac lepas.

Syarikat itu berkata jumlah tempahan tersebut mengatasi rekod sebelum ini yang mencatatkan 3,000 tempahan dalam tempoh sebulan bagi model CR-V tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata walaupun permintaan kukuh melebihi jangkaan, syarikat itu mampu menyelesaikan penghantaran semua tempahan tersebut menjelang akhir Jun.

Katanya kilang kedua yang baru dibuka di Pegoh, yang melipatgandakan kapasiti pengeluaran, mempunyai penjadualan pengeluaran yang fleksibel membantu mempercepatkan pengeluaran dan memendekkan tempoh menunggu.

“Model City generasi keempat menerima maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang meminati ciri-ciri canggih serta ruang kargo dan kabin yang tiada tandingan. Ia juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan kelas utama,” kata Honda Malaysia.

Menurut Honda Malaysia, jualan keretanya turut mencatat peningkatan 30 peratus pada suku pertama tahun ini, walaupun sebelum pelancaran City serba baharu bagi tempoh sama tahun lepas.

Ini berikutan jualan kukuh model lain termasuk Accord dan CR-V yang dilancarkan pada tahun lepas.

Honda Malaysia berkata sebagai model pertama dilancarkan pada 2014, City serba baharu akan memacu syarikat itu pada landasan yang betul ke arah mencapai sasaran tahunan sebanyak 76,000 unit.

Harga bagi Honda City serba baharu bermula dari RM75,800 atas jalan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment