Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Insiden tayar pecah pada gear pendaratan pesawat seperti yang dialami oleh penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 bukanlah sesuatu yang ganjil, malah ia pernah berlaku kepada pesawat komersial lain, kata pakar industri penerbangan.

Sambil menjelaskan perkara itu boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, Peter Talalla, bekas penasihat khas Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, berkata apa yang penting, kejadian itu tidak menjejas dan membahayakan operasi penerbangan secara keseluruhannya.

“Hakikatnya, walaupun ini tidak berlaku setiap hari, pesawat sering mengalami masalah gear pendaratan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

“Kenapa? Kerana ia (tayar pecah) jarang mengakibatkan kematian atau kecederaan, jadi ia tidak menjadi isu kepada mana-mana pihak,” katanya di sini, hari ini.


Talalla yang berpengalaman hampir 34 tahun dalam industri penerbangan, berkata beliau sendiri pernah melalui detik itu di mana pesawat yang dikendalikannya mengalami masalah kegagalan tayar berfungsi semasa pendaratan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment