Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 8, 2014

No Comment

PERTH – Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pihaknya memerlukan masa beberapa hari untuk mengesahkan isyarat kotak hitam yang dikesan oleh sebuah kapal milik Australia adalah dari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu.

Kapal milik Australia itu, HMAS Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan Towed Pinger Locator mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu lalu dan awal pagi kelmarin di satu lokasi terpencil di Lautan Hindi.

Houston berkata, isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit sebelum isyarat tersebut hilang.

Katanya, kapal tersebut kemudiannya berpatah balik dan mengesan dua isyarat berbeza yang berlangsung selama 13 minit.

“Dua isyarat ini konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan satu lagi rakaman suara kokpit.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat berkenaan dan kita memerlukan beberapa hari untuk mengesahkannya,” katanya pada satu sidang akhbar semalam.

Ujarnya, masa untuk mengesan kotak hitam itu semakin suntuk kerana baterinya telah melebihi jangka hayatnya iaitu 30 hari.

Sebelum ini, sebuah kapal China, Haixun 01 mengesan dua isyarat serupa pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan pada tengah hari Sabtu lalu.

Isyarat itu dikesan di satu lagi lokasi kira-kira 300 batu nautika dari kapal HMAS Ocean Shield.

Kata Houston. kedua-dua kapal berkenaan akan menjalankan siasatan secara berasingan bagi mengesahkan isyarat berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

“Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

“Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar,” katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

“Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi,” jelasnya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. – Agensi

0 comments:

Post a Comment