Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 8, 2014

No Comment

Wellington – Pewaris takhta Britain, Putera George, semalam melakukan lawatan rasmi pertama, mengunjungi New Zealand bersama ibu bapanya, Putera William dan isterinya Kate, tetapi beliau yang baru berusia lapan bulan terlepas acara sambutan terkenal puak Maori selepas terpaksa dibawa masuk ke tempat penginapan kerana cuaca sejuk.

Angin kencang, hujan dan jarak penglihatan terhad menyambut kedatangan pasangan diraja berkenaan di Wellington pada awal lawatan tiga minggu ke New Zealand dan Australia yang menandakan permulaan tugas berat untuk seumur hidup putera kecil itu.

Kate, 32, terpaksa memastikan pakaian dan topi yang dipakai terkawal ketika membawa anak lelakinya itu menuruni pesawat 757 Tentera Udara New Zealand dengan disambut oleh Perdana Menteri John Key.

Bayi montel berkenaan memakai seluar pendek dan kardigan putih. Kate memakai rekaan Catherine Walker, dihiasi dengan kerongsang perak yang dihadiahkan kepada Ratu Elizabeth II ketika beliau melawat New Zealand pada 1953.

“Saya tidak rasa keghairahan mereka datang ke New Zealand terjejas dengan hakikat kita semua sejuk dan basah akibat hujan hari ini. Saya rasa mereka akan menarik perhatian negara, harap-harap mereka seronok di sini,” kata Key kepada wartawan.

Kali pertama

Ketibaan itu adalah antara kali pertama George juga pewaris ketiga takhta Britain, dilihat di khalayak sejak kelahirannya pada 22 Julai lalu.

Beliau cuma akan hadir pada beberapa majlis sempena lawatan itu, dengan keluarga berkenaan berada di Wellington dan terikat dengan jadual ketat lawatan seharian dan majlis waktu petang ketika berada di New Zealand.

George tidak menghadiri majlis sambutan rasmi di laman Rumah Kerajaan kerana hujan.

William disambut dengan cabaran tradisi Maori daripada pahlawan bertatu memegang lembing kayu, yang membaling daun pada kakinya ketika mereka melaungkan seruan peperangan.

Putera itu bertindak balas dengan mengutip daun berkenaan, secara simbolik menunjukkan beliau adalah kawan, sebelum beliau dan Kate melakukan hongi, upacara melagakan hidung dengan pemimpin Maori.

Kate, yang tidak pernah ke New Zealand atau Australia sebelum ini, berbual dengan pahlawan berpakaian tradisi yang mendedahkan bahagian belakang dan ke dengaran memberitahu salah seorang penari Maori bahawa majlis sambutan itu luar biasa. – AFP

0 comments:

Post a Comment