Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

No Comment

SEMBILAN orang disahkan meninggal dunia, akibat tragedi feri karam di Korea Selatan di perairan selatan negara itu.

Kini pasukan mencari sedang berusaha mengesan kira-kria 287 orang yang masih hilang dalam tragedi yang masuk hari kedua hari ini, menurut sumber AFP.

Kapal tentera laut dan pengawal pantai menggunakan lampu limpah dan suar untuk membantu menerangi kawasan tragedi untuk operasi mencari pada waktu malam.

Bagaimanapun, arus kuat dan jarak penglihatan terhad menghalang pasukan penyelam untuk masuk ke dalam feri berkenaan yang sudah pun tenggelam.

“Secara jujurnya, peluang untuk mencari atau menemui penumpang yang masih hidup kini sudah hampir tiada,” kata seorang anggota pengawal pantai Korea Selatan.

Menurut sumber pengawal pantai, seramai 179 orang berjaya diselamatkan.

Tragedi itu mengejutkan negara Korea Selatan yang disifatkan sebagai moden dan sudah berjaya mengatasi tragedi berskala besar daripada berlaku dan berulang.

Jika mereka yang hilang disahkan mati, ia akan menjadi tragedi paling buruk dalam sejarah dalam negara Korea Selatan aman kerana ramai nyawa kanak-kanak terlibat.

Ketika kejadian, ada 375 pelajar sekolah tinggi berada dalam feru berkenaan dalam perjalanan bersama guru-guru mereka ke destinasi pelancongan terkenal di Korea Selatan iaitu Pulau Jeju.

Presiden Korea Selatan meluahkan rasa sedih dan simpati atas tragedi itu.

“Kita berharap agar semua pihak tidak berputus asa,” katanya ketika melawat Bilik Agensi Bencana Kebangsaan Korea Selatan di Seoul, semalam.

Sehingga kini tidak diketahui punca feri Sewol seberat 6,825 tan itu boleh karam dan tenggelam. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment