Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Pihak-pihak berkaitan tidak perlu menunjukkan reaksi berlebihan berhubung insiden penculikan dua wanita warga asing di Singgamata Adventures Reef Resort dekat Semporna, Rabu lepas, dengan memberi cadangan supaya menutup resort yang terletak di kawasan terpencil dekat pantai timur Sabah.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun berkata, cadangan penutupan resort merupakan langkah terlalu drastik untuk diambil.

“Kita harus bertindak secara rasional dengan menerima kritikan secara terbuka dan meneruskan usaha untuk memperketatkan keselamatan di kawasan berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pengusaha resort di kawasan itu menghentikan operasi dan bukan sebaliknya mengkritik Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

Dalam kejadian Rabu lepas, pelancong warga China Goa Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik oleh tujuh lelaki bersenjata kira-kira jam 10.30 malam selepas menceroboh resort itu.

Mositun berkata, tiada siapa yang dapat menjamin bahawa kegiatan lanun dan penculikan tidak akan berlaku sambil menarik perhatian masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan dalam konteks keselamatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment