Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

Sejak bersara daripada dunia nyanyian hip hop, Malique yang pernah popular dengan kumpulan Too Phat nampaknya terus mendiamkan diri malah lebih senang low profile daripada bidang seni.

Walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni suara, namun Malique masih lagi mempertaruhkan bakatnya dalam penghasilan lagu dan muzik.

Antara hasil karyanya yang berjaya mencipta fenomena adalah lagu Teman Pengganti yang didendangkan Black Hanifah dan RJ.

Menyingkap sisi peribadi jejaka ini, Malique yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Melissa Maureen Rizal kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata.





Memang comel-comel anaknya!

Nama anak-anaknya pun cukup unik seperti mana keunikan bait-bait lirik yang pernah dicipta Malique sebelum ini.

Anaknya yang sulung bernama Inca Medina, dan adik lelakinya, Rumi Arjuna serta anak bongsu pasangan itu, Chasca Maya. – SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment