Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini melawat aras 88 Menara Kembar Petronas, yang merupakan sebahagian lawatan kerja dua harinya ke Malaysia.

Ketibaan Lee disambut oleh Pengarah Eksekutif KLCC Property Holdings Bhd Hashimah Hashim.

Seramai 30 anggota delegasi beliau turut menyertai lawatan sejam ke menara berkembar itu.

Lee sebelum itu disambut oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin sebaik tiba pada 2.20 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Perdana Menteri Singapura itu yang akan menghadiri Pemukiman Tahunan Pemimpin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi isteri, Ho Ching serta para pegawai kanan republik berkenaan.

Beliau dijadual menghadiri mesyuarat bersama Najib di Pejabat Perdana Menteri, esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pemukiman anjuran secara bergilir antara Malaysia dan Singapura, memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk meneroka dan berbincang inisiatif baharu dan kerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemukiman Pemimpin kelima Malaysia-Singapura, berlangsung di Putrajaya tahun ini merupakan platform untuk kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mesyuarat sebelum ini yang berlangsung di Singapura pada Februari tahun lepas, menyaksikan kedua-dua pemimpin bersetuju melaksanakan projek kereta api laju antara republik itu dan Kuala Lumpur, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada hanya 90 minit. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment