Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

EKORAN pencemaran udara yang teruk di China, kini di negara itu terdapat beberapa buah stesen khas yang membekalkan udara segar untuk kegunaan orang ramai bernafas.

Menurut sumber dari Chinanews.com, udara segar itu dibungkus di dalam beg dan ia digunakan orang ramai dengan penggunaan topeng oksigen seperti di hospital.

Stesen itu kini popular dengan sambutan menggalakkan dari orang ramai yang sanggup beratur pannjang untuk mendapatkan udara segar.

Satu daripada stesen udara segar terletak di bandar Zhengzhou yang terletak dalam wilayah Henan.

Zhengzhou merupakan antara bandar dengan udara tercemar paling teruk di Cina dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 158.

Udara segar yang dibekalkan itu diambil dari Gunung Laojun, di daerah Luanchuan yang memiliki kawasan tumbuhan hijau kira-kira 80 peratus.

Menurut seorang pengguna, Feng Lin, 75 tahun, udara yang dibekalkan dalam beg berkenaan cukup segar tetapi masa untuk menggunakannya terlalu pendek.

“Udaranya amat baik, tapi ia terlalu sekejap, saya terpaksa berhenti,” katanya.

Selain itu, seorang wanita yang mengandung berkata bayi dalam kandungannya bergerak pada saat dia menarik nafas dengan udara segar itu.

Keputusan mewujudkan stesen seumpama itu selepas hanya tiga bandar di China yang menepati piawai kualiti udara standard.

Pencemaran udara di China telah dikategorikan sebagai satu krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sejak itu Kementerian Pemuliharaan Alam Sekitar di China telah cuba mengatasi masalah tu dengan menggunakan maskot dikenali sebagai Bayi Oksigen yang mengagihkan udara segar dari Gunung Tianu yang terletak di wilayah Zhejiang.

Maskot itu menjelajah seluruh China mengedarkan produk berkenaan yang diberikan secara percuma.

Krisis pencemaran udara China turut dirasai oleh Presiden China Xi Jinping yang membuat cadangan untuk menjual tin udara segar pada masa akan datang. – SiakapKeli.com

Oleh : Airy Aris

0 comments:

Post a Comment