Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – “Hanya orang gila percaya DAP mahu melatih 10 juta tentera siber Red Bean Army (RBA) dengan bayaran RM3,000 seorang bagi menjatuhkan kerajaan”.

Demikian reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atas parti itu baru-baru ini.

Kit Siang dengan nada marah mendakwa, DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk menampung kos kira-kira RM30 bilion tersebut.

“Hanya orang paling gila akan mempercayai perkara mengarut seperti ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) sebelum ini mendakwa DAP telah melatih seramai 800 individu bagi melancarkan propaganda anti-kerajaan ke atas orang ramai.

Mereka terdiri daripada orang awam yang bertugas sebagai penjawat awam, kakitangan bank, pensyarah, pemandu teksi dan peniaga dan menerima bayaran RM3,000 sebulan.

Beberapa blog pula melaporkan DAP sebenarnya sedang merancang untuk melatih berjuta-juta lagi anggota RBA untuk memperhebatkan propaganda mereka bagi menjatuhkan kerajaan itu.

Kit Siang menegaskan, DAP tidak mempunyai tentera siber RBA dan tidak pernah membayar walau satu sen untuk mana-mana tentera siber.

“Jika ada pihak yang mempercayainya maka dia layak untuk masuk hospital mental,” katanya.

0 comments:

Post a Comment