Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

SEORANG pemandu treler terbunuh selepas treler dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan baja ayam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Pantai Timur di Tepoh, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya maut akibat tersepit dalam treler yang membawa muatan kabel dan menyebabkan kenderaan terbabit remuk teruk.

Usaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit terpaksa menggunakan khidmat jentolak, sebelum diambil alih pasukan bomba dan penyelamat.

Difahamkan, mangsa tersepit akibat dihempap muatan kabel yang dibawa dalam lori berkenaan. – Terengganu Today

0 comments:

Post a Comment