Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

One Comment

PETALING JAYA – Pengarang Kanan Pemprosesan Utusan Malaysia, Kamaruzaman Mohamad meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pagi Isnin.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pok Me, 53, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami komplikasi buah pinggang.

Jenazah beliau dibawa ke Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan bagi dikebumikan.


Kamaruzaman mula berkhidmat bersama Utusan Malaysia sebagai wartawan pada April, 1984.

Beliau memenangi anugerah tertinggi kewartawanan Malaysia, Anugerah Kajai pada tahun 2000.

 Kamaruzaman menjadi wartawan Malaysia yang berjaya menjejak kaki ke kem pengganas terkenal di Asia Tenggara iaitu Abu Sayyaf di Jolo bagi menemubual tebusan rakyat negara ini yang diculik.

1 comments: