Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tidak mahu calon yang mempunyai masalah dengan kepimpinan mendedahkannya kepada media.

“Sebarang perselisihan dalam parti perlu diajukan kepada kami (JPP). Tak perlu dihebah pada media atau kepada umum.

“Bila anda (calon) beritahu media, kadang-kadang tak membantu perkembangan parti,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Johari bakal berhadapan dengan tugas sukar jika perbandingan dibuat bersandarkan proses pemilihan parti pada 2010.

Pelbagai masalah berlaku dan dilaporkan dalam media sehingga membawa kepada tuduhan memalsukan kertas undi, pergaduhan, rasuah dan korupsi yang diperjuangkan PKR sendiri selama ini.

Pengundian parti akan bermula 26 April ini sehingga 11 Mei depan dan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri.

Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan parti sepenuhnya yang kedua selepas 2010.

‘Rakam dan hantar pada JPP’

Beliau turut mengumumkan tiada masalah untuk calon membuat kumpulan selagi tidak melanggar arahan parti.

“Nak bubuh gambar atas lori ke, nak ‘tag team’ ke, saya tiada masalah,” kata beliau.

Beliau melarang semua calon terlibat dalam ugutan dan kekerasan ataupun perbuatan politik wang seperti pemberian wang tunai, barangan atau tawaran jawatan. termasuk menjanjikan balasan.

“Walaupun dia (calon) mungkin tak cakap, dan pengurus kempen yang cakap pun akan kena juga. Kami amat serius dalam perkara ini,” tegas beliau.

Beliau menggalakkan ahli merakam ucapan atau perbuatan calon yang dirasakan menyalahi peraturan dan menyampaikan kepada JPP untuk diambil tindakan.

“Apa-apa ucapan bahan kempen adalah berdasarkan rekod kerja, pencapaian dan perancangan masa depan calon. Ucapan keji, caci dan fitnah dilarang sama sekali. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment