Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. (Hotel Seri Malaysia).

Presiden, Azwanddin Hamzah mendakwa, JMM memandang serius aduan tersebut dan meminta Pemangku Pengarah Urusan Hotel Seri Malaysia, Zamakhshari Abdul Awal tampil memberi penjelasan.

“Difahamkan dalam laporan dan dokumen yang diserahkan kepada JMM, Zamakhshari perlu membuat penjelasan seperti kos pembayaran video korporat promosi yang telah pun dibayar.

“Namun sehingga kini, video tersebut masih tidak dikeluarkan walaupun telah dipertontonkan kerana tidak mendapat kelulusan daripada franchaise,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azwanddin turut mendakwa, pemberian tender dan sebut harga Hotel Seri Malaysia diberikan kepada syarikat yang tidak dinyatakan pendaftaran di Kementerian Kewangan.

Dakwanya, pentabdiran Hotel Seri Malaysia turut memilih syarikat yang menawarkan harga yang jauh lebih tinggi daripada syarikat yang memasuki tender.

Dakwanya lagi, JMM difahamkan peruntukan dana untuk promosi dan pengiklanan untuk hotel tersebut digunakan sewenangnya tanpa kelulusan `franchaisee’ terlebih dahulu.

Justeru, katanya, JMM akan mengemukakan semua bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pentadbiran Hotel Seri Malaysia gagal memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment