Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

LONDON – Manchester City mengambil kesempatan kekalahan Liverpool untuk membuka semula saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Crystal Palace 2-0, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Manuel Pellegrini nyata menggunakan peluang apabila Liverpool tewas 2-0 kepada Chelsea di Anfield, dengan Edin Dzeko meledak seawall minit ke-4 permainan.

Yaya Toure pula menambah keselesaan City dengan menyumbat masuk gol kedua pada minit ke-43 dalam aksi di Selhurst Park.

Dengan kemenangan itu, City kekal di tempat ketiga kedudukan liga namun mereka kini dipisahkan hanya tiga mata di belakang Liverpool yang masih mendahului liga.

Namun, City mempunyai kelebihan satu lagi permainan dan mempunyai perbezaan gol yang banyak, serta satu mata dipisahkan dengan Chelsea di tempat kedua liga. – AFP

0 comments:

Post a Comment