Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 1, 2014

No Comment

IRELAND – Seorang budak berusia lapan tahun menjadi sensasi internet. Semuanya kerana orang ramai meminati badannya yang tegap dan berketul-ketul.

Budak itu, Brandon Blake, kelihatan seperti Hercules kecil yang mempunyai badan yang menarik.

Dia hanya seberat 25 kilogram dan masih muda, namun Brandon tidak menggemari permainan yang dimainkan oleh budak sebayanya sebaliknya dia lebih suka berlatih di gim.

Brandon dikenali ramai selepas selebriti Frank Medrano memuat naik gambarnya tersebut di dalam Facebook.

Budak ini mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil bijirin pada waktu pagi serta daging dan sayur-sayuran untuk hidangan makan tengahari dan malam.

Dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis, namun jika ingin sangat makan makanan berkenaan, Brandon hanya akan menikmatinya pada hari Jumaat.

Bapanya yang juga bekas pemain bola, Mark, 32, berkata, anaknya menjadi sensasi internet dan diperkatakan di Hong Kong serta Australia.

“’Brandon amat gembira selepas dinobatkan sebagai hero. Dia seorang budak yang aktif dan suka berlatih di gimnastik,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment